Peranan Ibu
Bapa Dalam Melahirkan Anak-Anak Bertaqwa
Oleh : Nurul
Hamizah Jafpri
Anak
adalah satu amanah yang dititipkan oleh Allah kepada ibu bapa untuk diadun
kasih sayang sepenuhnya. Kelebihan memiliki anak soleh dan solehah merupakan
dambaan setiap keluarga. Di samping sebagai penerus keturunan, kelak mereka
juga akan menjadi penyelamat di masa yang akan datang. Seawal usia, seseorang
anak akan lebih mudah untuk menerima perubahan dan bukannya ketika ia telah
dewasa. Dan usia seawal itulah akan berlaku perubahan pembentukan jati diri,
pola pemikiran dan perwatakan. Dalam masa pembentukan tersebut ibu bapa hendaknya menggerakkan peranan
mereka secara optimum dengan memberikan teladan suri yang positif kepada
anak-anak.
Berbalik
kepada metod yang telah diajarkan oleh Rasullulah SAW yang dijadikan teladan
dalam mendidik anak-anak seawal usia muda. Sebagaimana firman Allah SWT :
لَّقَدۡ
كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ
وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١
Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”[1]
Sejarah telah
menyaksikan pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah SAW berjaya mengubah sikap
masyarakat Arab yang sebelumnya kasar menjadi lembut dan beradab dapat mengubah
mereka daripada bermusuhan kepada saling berkasih-sayang. Melalui pendidikan
tersebut jugalah agama Islam yang suci ini dapat kita anuti. Tidak ada keraguan tentang apa yang dianjurkan
Rasulullah SAW bahkan digalakkan untuk melaksanakannya.
Menjadikan diri
sendiri dan budi pekertinya sebagai model pendidikan. Kaedah ini merupakan
kaedah utama yang digunakan oleh Baginda SAW agar Baginda menjadi ikutan yang
baik kepada para sahabat. Baginda tidak mengarahkan sesuatu perkara melainkan
setelah Baginda melakukannya terlebih dahulu kemudian barulah diikuti oleh para
sahabat berdasarkan apa yang mereka lihat. Metod tersebut merupakan cara
terbaik agar mudah difahami dan lebih mendorong untuk diikuti berbanding
pengajaran berbentuk teori dan penerangan lisan semata-mata.
Terdapat
beberapa tahap didikan yang dianjurkan dalam Islam mengikut peringkat umur
anak-anak. Antaranya :
A. Tahap Pertama
Pada tahap ini
dianjurkan untuk anak-anak yang baru lahir sehingga berumur 6 tahun.
1) Berdoa perkara yang baik-baik terhadap
anak-anak. Ibu bapa hendaklah mendisiplinkan diri anak daripada kecil lagi agar
mereka membesar menjadi individu yang berdisiplin dan menghormati orang lain. Apabila
ibu bapa melakukan perkara yang baik, sudah semestinya anak turut melakukan
perkara yang baik seperti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh
itu, amat penting untuk ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak
mereka sejak kecil lagi.
2) Bergurau dan bermanja bagi mengeratkan
hubungan yang terbina. Walaupun
dihambat dengan kesibukan bekerja, ibu bapa perlu memanfaatkan masa yang
terluang untuk bersama dengan anak-anak. Apabila ibu
bapa lebih mementingkan kehendak bekerja maka ruang untuk bersama
anak-anak akan terbatas. Hal
ini akan menyebabkan mereka akan berasa terpinggir serta mempengaruhi mereka untuk terjebak
dengan perkara yang negatif. Ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan baik
kerana anak merupakan aset kepada ibu bapa di akhirat kelak.
3) Tidak boleh
dipukul sekiranya
mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
B. Tahap Kedua
Pada tahap ini
dianjurkan untuk anak-anak berusia 7 hingga 14 tahun. Tahap ini dimulakan
dengan menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak.
1) Mengajar dan melatih perilaku anak-anak
supaya beradab. Di samping itu didikan agama yang cukup juga merupakan satu
daripada faktor yang mampu membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak.
Hal ini kerana kebanyakkan ibu bapa kini kurang menitikberatkan didikan agama sejak kecil kepada anak-anak yang menyebabkan mereka mudah terjebak dengan heterogen[2]
masalah sosial.
2) Mengajar tentang solat dan puasa.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib,
daripada ayahnya, daripada datuknya R.A katanya:
“Rasulullah SAW
bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika
berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika
berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan
perempuan).”
(Hadis riwayat
Abu Daud).
3) Memberikan hadiah sebagai penghargaan
serta pencetus semangat kepada anak-anak apabila prestasi cemerlang tidak kira
aspek pendidikan mahupun akhlak. Dengan pemberian tersebut akan mendidik anak-anak menjadi seorang yang menghargai
jasa. Pada ketika ini
ibu bapa perlu bijak dalam mengatur
waktu beriadah bersama anak-anak.
C. Tahap Ketiga
Pada tahap ini
dianjurkan untuk anak-anak berusia 15 hingga 21 tahun. Pada tahap ini ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan
BERKAWAN dengan mereka.
Pada tahap ini
anak-anak memasuki masa remaja atau berusia sekitar 15 tahun, anak akan
memasuki fasa pergaulan yang lebih luas sehingga pergaulan dengan berlainan
jantina juga perlu diperhatikan. Anak remaja pada usia ini lebih cenderung
untuk memberontak.
Oleh sebab itu
ibu bapa perlu didik dalam
keadaan yang tenang dan secara berdiplomasi[3]
dengan mencari iklim yang sesuai untuk mendekati anak-anak mereka.
Pada usia ini, anak-anak telah memasuki usia akil baligh. Ibu bapa seharusnya memberikan kebebasan dalam pergaulan namun bukan memberikan kebebasan secara mutlak. Anak-anak tetap perlu diawasi dan diberi batasan dalam pergaulan tersebut.
Pada usia ini, anak-anak telah memasuki usia akil baligh. Ibu bapa seharusnya memberikan kebebasan dalam pergaulan namun bukan memberikan kebebasan secara mutlak. Anak-anak tetap perlu diawasi dan diberi batasan dalam pergaulan tersebut.
D. Tahap Keempat
Pada tahap ini
dianjurkan untuk anak-anak berusia 21 tahun ke atas. Fasa ini adalah masa ibu bapa
untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN
kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN
dalam membuat keputusan mereka sendiri.
Kebebasan
terletak sepenuhnya pada anak-anak. Anak-anak berhak untuk memilih apa yang
terbaik untuk dirinya. Pada ketika ini peranan ibu bapa hanyalah sebagai
pemberi nasihat dan semangat untuk menyakinkan pilihan yang dipilih anak-anak.
Ibu bapa hanya perlu memantau, menasihati dengan diiringi doa agar setiap
tindakan yang dilakukan mereka adalah betul. Pada tahap ini telah bermula kehidupan yang mencabar pada anak-anak ketika berada di
luar rumah..
Oleh itu, ibu
bapa merupakan entiti yang memainkan peranan yang signifikan[4]
dalam kehidupan anak. Peranan ibu bapalah yang mampu membentuk anak menjadi
insan yang mempunyai sahsiah yang cemerlang di mayapada dan di akhirat. Ibu
bapa hendaklah meluaskan horizon fikiran seluas lautan bahawa agama merupakan
senjata ampuh[5]
untuk mengelakkan anak remaja terjerumus dalam kancah masalah sosial pada masa
kini. Ibu bapa juga perlu sentiasa mempamerkan ikutan yang baik kepada anak-anak
agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia.
[1] Al-Ahzab ( 33) : (21)
[2] pelbagai
[3] Seni kemahiran dalam berurusan dengan
seseorang tanpa mengguris perasaannya
[4] penting
[5] berkesan