Wednesday, April 29, 2015

Tajuk Usrah : Sahabat Itu Syafaat

Apa itu Sahabat ? 

Orang asing yang kita kenali & secara tidak langsung menjadi sebahagian dalam hidup kita. Orang asing yang mengenali peribadi sebenar kita & mampu menjadi pengaruh yang besar pada kita samada baik atau buruk. Orang asing yang  kita mampu jadikannya sebagai salah seorang ahli keluarga kita. Itu Sahabat. 

Instead of Kawan, Kawan ini bermaksud orang sekeliling yang kita kenali & kita mampu untuk bergaul dengan mereka seperti orang lain.
Apabila kita bersahabat, maka perlu diingatkan untuk kita supaya menjaga hak persahabatan antara satu sama lain. 

Maka apabila berlaku pengkhianatan dalam persahabatan, rasa geramnya itu jadi lebih mendalam berbanding dengan rakan biasa.

Kata Imam Syafie' ;

سلام على الدنيا إذا لم يكن بها ( صديق ، صدوق ، صادق الوعد )
"Ucapkanlah selamat tinggal kepada dunia jika tiada padanya ( Sahabat yakni teman yang rapat, Jujur dalam memenuhi hak persahabatannya, Yang menepati janji )
Penuhilah segala hak persahabatan kita. Salah ditegur, Menyimpang diluruskan, Sakit diziarahi, Susah dibantu.

إذا انت اكرمت الكريم ملكته
و إذا انت اكرمت اللئيم تمرد 

"Jika kamu mempunyai sahabat yang Mulia, maka dia akan memenuhi hak persahabatan kamu. Dan jika kamu mempunyai sahabat yang Hina, maka dia akan melarikan diri apabila kamu ditimpa kesusahan.
Orang seperti ini janganlah dijadikan sahabat kita bahkan tidak layak untuk digelar sahabat. Mereka hanya parasit yang menumpang & mengambil segala kesenangan yang ada kemudian pergi ke tempat lain apabila sudah habis diambil segala kesenangan itu.
Jagalah persahabatan kamu dan penuhilah hak persahabatan kamu.
Wallahu'alam.

Friday, April 24, 2015

Takzirah : Usah Bersedih

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya. 

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa. 

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal. 

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat
Subhanallah. Masyaallah. Allahuakbar.

Allah mewujudkan personaliti yg hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia, saya dan kamu, bilamana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata 

"KENAPA AKU?".

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN. 💕

Langkah-langkah menghadapi tekanan inflasi

                        Oleh : Nurul Hamizah Jafpri         Umum mengetahui, ketegangan geopolitik yang berlaku antara negara-negara besar s...