Wednesday, March 4, 2015

Karangan Rencana SPM (Bahagian B)

           TAJUK : BAHANA DADAH PENCETUS  KEROSAKKAN FITRAH MANUSIA

                                         OLEH : NURUL HAMIZAH BINTI JAFPRI

  

   Apabila anda mendengar ungkapan 'Enam Jahanam', apakah mungkin yang kita fikirkan. Adakah itu judul filem P.Ramlee atau nama kumpulan penjenayah yang diburu oleh pihak polis?. Rupa-rupanya, ungkapan itu merujuk kepada enam jenis dadah yang harus diberi perhatian serius seperti heroin, kokain, estacy, kanabis, syabu dan morfin.

  Semasa 'Karnival Enam Jahanam' yang dirasmikan oleh mantan perdana menteri keenam iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan peningkatan jumlah penagihan dadah semakin meruncing saban hari. Oleh itu, pihak yang terlibat secara langsung perlu mengambil inisiatif baharu bagi mengekang gejala dadah daripada satu sudut yang berbeza.

  Dadah harus diperangi hingga ke akar umbi. Namun, apakah sebenarnya dadah?. Perkataan dadah mempunyai tafsiran yang berbeza. Dadah juga boleh ditakrifkan sebagai bahan yang boleh merosakkan dan membinasakan orang yang menggunakannya secara berterusan. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga mentakrifkan dadah sebagai ubat-ubatan. Sebagaimana pengetahuan umum pula, dadah adalah bahan kimia yang memberi kesan kemudaratan ke atas pemikiran (psikoaktif), fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang jika menggunakan secara berlebihan.

  Dalam negara menempuh era globalisasi, negara Malaysia tidak terlepas dengan isu pemyalahgunaan dadah. Timbul kebimbangan adakah negara sudah berdepan dengan jalan mati dalam mengatasi masalah penagihan dadah atau sudah menjadi penyakit berjangkit yang sukar dibendung?. Andaian ini tidak boleh dipandang remeh kerana gejala penyalahgunaan dadah sudah menunjukkan taring.

  Kemajuan sesebuah negara terletak kepada pemuda-pemudi harapan bangsa untuk membangunkannya. Namun golongan ini mudah terjerumus dalam kancah najis dadah apabila salah menggunakan kemajuan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Mereka menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan akibat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara yang sedang berkembang pesat.

  Hal ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya peruntukkan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985) walaupun mereka yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori. Oleh hal demikian, satu pendekatan yang kolektif dan berkesan perlu dilaksana dengan segera. Bukankah peribahasa ada menyatakan alah bisa tegal biasa. Maka masalah gejala penagihan dadah perlulah dikenalpasti akan punca berlaku dan cara untuk menghindarinya.

 Dalam pada itu, para belia merupakan aset signifikan dalam sesebuah negara dan juga merupakan pemangkin ke arah masa depan pembangunan negara. Oleh itu, pihak yang terlibat perlu memperhebat kempen tentang bahayanya dadah secara meluas. Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2005 telah melancarkan program besar-besaran dengan sasaran utama terhadap golongan belia terutama pelajar sekolah.

 Tanggal 19 Februari pada setiap tahun dipilih sebagai 'Hari Anti Dadah' yang secara tidak langsung dapat mengingatkan bekas penagih dadah akan bahana dadah. Disamping, memberi peringatan kepada masyarakat. 'Hari Anti Dadah' ini dilihat antara salah satu usaha kerajaan bagi menangani kes penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing saban hari. Dengan ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih prihatin dan responsif.

  Antara salah satu faktor penyalahgunaan dadah yang majoritinya dipelopori golongan remaja disebabkan pengaruh dan hasutan rakan yang membawa kemusnahan. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa melalui proses sosialisasi atau proses mempelajari dalam mendidik dan mengasuh anak-anak harus digerakkan. Didik dalam keadaan yang tenang dan secara berdiplomasi dengan mencari iklim yang sesuai untuk mendekati anak-anak mereka.

  Ketagihan seseorang individu bergantung kepada dorongan nafsu yang kuat untuk mengambil dadah. Mereka menganggap dengan mencari keseronokkan di luar dapat melarikan diri daripada masalah. Walhal, sebenarnya mereka hanya menambahkan masalah kepada diri mereka sendiri. Individu tersebut mungkin dipinggirkan atau tidak diterima oleh keluarga. Akhirnya mereka kembali tenggelam ke kancah kehinaan. Tetapi masyarakat perlu sedar, hakikatnya mereka memerlukan dorongan dan sokongan dalam usaha melepaskan diri daripada belenggu masalah penagihan dadah.

    Dalam institusi kekeluargaan pula, walaupun institusi ini melalui cabaran getir menempuh masalah ekonomi yang semakin tidak menentu, tidak wajar melepaskan batuk ditangga mengharapkan orang sekeliling mencari jalan penyelesaian. Penglibatan ibu bapa amat digalakkan dalam menangani gejala penyalahgunaan dadah terutama anak-anak mereka yang terlibat dengan gejala ini.Jika hanya melepaskan tangan menjalankan tanggungjawab nescaya sesebuah institusi kekeluargaan itu mempunyai ketidaksefahaman dan akhirnya menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.

   Penagihan dadah ibarat bangkai bernyawa yang tidak berguna pada diri sendiri mahupun keluarga. Sekali mereka tersungkur ke lembah kehinaan, tidak mudah untuk mereka bangkit kembali. Justeru, peranan ibu bapa adalah tonggak kekuatan untuk mereka bangun daripada masalah yang membelenggu. Sedegil manapun atma seseorang anak, mereka masih mengharapkan bantuan daripada kaum keluarga mereka sendiri.

    Peningkatan kes jenayah telah memberikan impak kepada masyarakat. Penagih dadah inilah beban kepada masyarakat. Nyawa dan kehormatan manusia lain tiada nilai sama sekali pada kaca mata penagih.Namun hakikatnya, masyarakat Malaysia rata-rata bersikap penyayang dan masih sanggup memberi peluang kepada mayat hidup ini untuk perbaiki diri dan seterusnya kembali ke pangkuan masyarakat.

   Namun, sejauh mana pandangan golongan penagih dadah ini dalam mengambil peluang terhidang dan mengapakah masih ada bekas penagih dadah kembali menagih dadah ?. Cukuplah dengan kes-kes yang berlaku memperlihatkan nyawa-nyawa yang tidak berdosa melayang, harta benda dicuri, diragut dan dirompak. Tegasnya, masyarakat perlu bersinergi bersama kerajaan dalam mempergiatkan usaha lebih efektif bagi menangkis pemikiran kolot sebegini.

  Satu realiti yang tidak dapat diketepikan, bahawa pihak sekolah juga turut membantu mencegah penagihan dadah. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek. Selain itu, penerapan nilai nilai murni dalam matapelajaran sivik dan kewarganegaraan mampu membantu pelajar mencegah amalan penagihan dadah.

   Slogan 'mencegah lebih baik daripada mengubati' perlu disebatikan dalam nadi kehidupan dan menjadi panduan menjalani kehidupan seharian. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biar daripada rebungnya telah sinonim dalam jiwa generasi sekarang. Senario ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan disekolah yang perlu dipupuk di sekolah rendah dan dikembangkan pula di sekolah menengah.

  Menurut Utusan Malaysia, 24 Ogos, dua skuad khas ditubuhkan Polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara Mlaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi. Tambahan pula, kedudukan Malaysia di dunia adalah strategik keran terletak di tengah-tengah jalan perhubungan air dan darat antarabangsa. Hal ini turut menyebabkan negara Malaysia menjadi pusat transit dadah sebelum diedarkan ke negara-negara lain.

  Perkara ini sejajar dengan kenyataan dibuat oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) bahawa gejala dadah dalam masyarakat kota menjadi lebih ketara. Malahan laporan statistik penagih dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan penagihan dadah daripada bulan Januari hingga Februari 2013 di negeri Perak meningkat sebanyak 226 orang berbanding tahun lepas. Hal ini turut menyumbang kepada peningkatan statistik secara holistik.

  Tamsilnya, semua pihak haruslah komited dalam usaha membantu mencegah  dan melakukan pelbagai aktiviti bergiat secara aktif dalam usaha merealisasikan impian negara bebas dadah menjelang tahun 2015. Dalam konteks lain, pendekatan yang strategik, menyeluruh dan bersepadu perlu diambil cakna dengan segera. Seterusnya mencari jalan alternatif yang lain. Seperti bait lagu Maher Zain, 'in sya Allah in, sya Allah ada jalannya'.



Karangan Cemerlang SPM (Bahagian B)

TAJUK : SEBAB NEGARA MALAYSIA DIPILIH SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN


 Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah dipersada dunia. Industri pelancongan di Malaysia serimg meniti daripada bibir ke bibir di segenap empat penjuru dunia. Sejak dua tiga dekad kebelakangan ini, kita dapat menyaksikan bahawa kedatangan pelancong asing daripada pelbagai negara dengan jumlah yang amat memberangsangkan. Dalam dunia yang dilingkari sains dan teknologi, sudah terang lagi bersuluh semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Kebijaksanaan pentadbiran oleh pemimpin negara dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang demi menjulang negara ke puncak jagat. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kestabilan ekonomi dan keamanan sejagat mampu dirasai oleh semua masyarakat umum.


  Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh daripada Pelan Transformasi Pelancongan (ETP) menunjukkan kedatangan pelancong asing daripada bulan Januari hingga Mei 2012 telah meningkat sebanyak satu perpuluhan sembilan peratus dan menjana sebanyak RM21.8 bilion ke arah pendapatan negara. Perkembangan industri pelancongan turut disumbangkan melalui kewujudan pulau dan pantai yang tersergam dengan indah. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancongan seperti Pulau Tioman,Pulau Redang,Pulau Kapas termasuklah Pantai Tanjung Rhu. Bagai kelip-kelip terbang malam, apabila keindahannya dapat dibuktikan apabila Pantai Tanjung Rhu tersenarai di antara lima puluh buah pantai terindah di dunia. Bukankan negara Malaysia sudah tersergam dengan indah ?. Oleh yang demikian, tempat-tempat yang menarik ini mampu dijadikan platform berguna untuk dijadikan daya penarik kepada pelancong asing.


  Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan adalah Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Keistimewaan tersendiri yang dimiliki oleh negara kita merupakan aset yang signifikan bagi merealisasikan hasrat pemimpin negara dengan menyasarkan tiga puluh enam juta pelancong menjelang wawasan 2020. Kawasan rekreasi yang biasanya dikunjungi oleh pelancong adalah di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti di Genting Highland. Jumlah perbelanjaannya yang rendah secara relatifnya ialah RM2260 berbanding dengan negara negara lain adalah doktrin Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan merupakan rencah maslahat untuk memajukan sektor pelancongan ke peringkat global. Seterusnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang membangun dengan pesat.


  Sebagaimana yang kita ketahui, konsep satu Malaysia yang dilancarkan oleh pemimpin negara iaitu perdana menteri yang ke tujuh merupakan idea kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang majmuk terdiri daripada Melayu, india dan cina bersatu menjadi satu kulawarga di bawah satu bumbung perpaduan. Usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan menjadi cerucuk utama pembangunan dan menjamin keamanan yang berterusan. Keunikan Malaysia sudah tidak dapat disangkal lagi, kebudayaan yang dipaparkan berbeza mengikut bangsa. Selain mempunyai juadah tradisional tersendiri daripada setiap kaum. Dalam konteks ini, konsep 1 Malaysia mampu memberikan tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk mengetahui sesuatu yang disajikan. Keadaan ini tentunya mencetuskan fenomena penggerak utama kepada kepesatan pelancongan negara.


  Tidak cukup dengan itu, selama lebih lima dekad negara Malaysia dapat terhindar daripada kegoyahan politik. Iktibar yang diperolehi daripada peristiwa 13 Mei 1969 dapat membuka mata masyarakat dan pemimpin agar bersatu pada hidup bagai aur dan tebing dalam menjamin keamanan negara. Kestabilan ekonomi,politik dan sosial merupakan lembaran baru menggalakkan kedatangan pelancong ke dalam negara. Tambahan lagi, penerapan setiap prinsip rukun negara dalam setiap sanubari masyarakat mampu melahirkan generasi tonggak kekuatan negara yang cakna terhadap kesejahteraan negara. Jelaslah, keamanan tanpa kepincangan dapat meningkatkan momentum ekonomi dengan bertambahnya pencairan mata wang asing ke dalam negara.


  Satu realiti yang tidak dapat diketepikan bahawa keunikan permainan tradisional tinggalan nenek moyang  merupakan salah satu tarikan pelancong. Sebagai tamsilan, gasing,wau dan congkak adalah warisan turun temurun masyarakat Melayu sejak zaman Melayu Melaka lagi. Walaupun permainan tradisional sudah lapuk dek zaman tetapi kehalusan keseniannya sukar ditiru oleh masyarakat lain. Hal ini bermakna, kepakaran penghasilan permainan tradisional oleh masyarakat Malaysia merupakan wahana yang efektif membawa nama permainan tradisional ke peringkat lebih tinggi lagi. Keunikan permainan tradisional ini mampu menarik minat pelancong. Senario ini menunjukkan betapa pentingnya permainan tradisional dalam menjadi daya penarik bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia.


  Intiharnya, semua pihak haruslah bersinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha mencapai konsesus mengambil inisiatif baharu bagi menarik kedatangan pelancong daripada satu sudut yang berbeza. Ironinya, jika tiada kata sepakat dalam ummah, maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Terbangnya belon bukan kerana warna merah, kuning atau biru. Tetapi kerana kandungan gasnya yang selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara negara maju yang lainmampu digamit dan direalisasikan.


Oleh : NURUL HAMIZAH BINTI JAFPRI.
        

Langkah-langkah menghadapi tekanan inflasi

                        Oleh : Nurul Hamizah Jafpri         Umum mengetahui, ketegangan geopolitik yang berlaku antara negara-negara besar s...