Wednesday, March 4, 2015

Karangan Cemerlang SPM (Bahagian B)

TAJUK : SEBAB NEGARA MALAYSIA DIPILIH SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN


 Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah dipersada dunia. Industri pelancongan di Malaysia serimg meniti daripada bibir ke bibir di segenap empat penjuru dunia. Sejak dua tiga dekad kebelakangan ini, kita dapat menyaksikan bahawa kedatangan pelancong asing daripada pelbagai negara dengan jumlah yang amat memberangsangkan. Dalam dunia yang dilingkari sains dan teknologi, sudah terang lagi bersuluh semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Kebijaksanaan pentadbiran oleh pemimpin negara dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang demi menjulang negara ke puncak jagat. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kestabilan ekonomi dan keamanan sejagat mampu dirasai oleh semua masyarakat umum.


  Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh daripada Pelan Transformasi Pelancongan (ETP) menunjukkan kedatangan pelancong asing daripada bulan Januari hingga Mei 2012 telah meningkat sebanyak satu perpuluhan sembilan peratus dan menjana sebanyak RM21.8 bilion ke arah pendapatan negara. Perkembangan industri pelancongan turut disumbangkan melalui kewujudan pulau dan pantai yang tersergam dengan indah. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancongan seperti Pulau Tioman,Pulau Redang,Pulau Kapas termasuklah Pantai Tanjung Rhu. Bagai kelip-kelip terbang malam, apabila keindahannya dapat dibuktikan apabila Pantai Tanjung Rhu tersenarai di antara lima puluh buah pantai terindah di dunia. Bukankan negara Malaysia sudah tersergam dengan indah ?. Oleh yang demikian, tempat-tempat yang menarik ini mampu dijadikan platform berguna untuk dijadikan daya penarik kepada pelancong asing.


  Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan adalah Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Keistimewaan tersendiri yang dimiliki oleh negara kita merupakan aset yang signifikan bagi merealisasikan hasrat pemimpin negara dengan menyasarkan tiga puluh enam juta pelancong menjelang wawasan 2020. Kawasan rekreasi yang biasanya dikunjungi oleh pelancong adalah di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti di Genting Highland. Jumlah perbelanjaannya yang rendah secara relatifnya ialah RM2260 berbanding dengan negara negara lain adalah doktrin Malaysia dipilih sebagai destinasi pelancongan merupakan rencah maslahat untuk memajukan sektor pelancongan ke peringkat global. Seterusnya menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang membangun dengan pesat.


  Sebagaimana yang kita ketahui, konsep satu Malaysia yang dilancarkan oleh pemimpin negara iaitu perdana menteri yang ke tujuh merupakan idea kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang majmuk terdiri daripada Melayu, india dan cina bersatu menjadi satu kulawarga di bawah satu bumbung perpaduan. Usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan menjadi cerucuk utama pembangunan dan menjamin keamanan yang berterusan. Keunikan Malaysia sudah tidak dapat disangkal lagi, kebudayaan yang dipaparkan berbeza mengikut bangsa. Selain mempunyai juadah tradisional tersendiri daripada setiap kaum. Dalam konteks ini, konsep 1 Malaysia mampu memberikan tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk mengetahui sesuatu yang disajikan. Keadaan ini tentunya mencetuskan fenomena penggerak utama kepada kepesatan pelancongan negara.


  Tidak cukup dengan itu, selama lebih lima dekad negara Malaysia dapat terhindar daripada kegoyahan politik. Iktibar yang diperolehi daripada peristiwa 13 Mei 1969 dapat membuka mata masyarakat dan pemimpin agar bersatu pada hidup bagai aur dan tebing dalam menjamin keamanan negara. Kestabilan ekonomi,politik dan sosial merupakan lembaran baru menggalakkan kedatangan pelancong ke dalam negara. Tambahan lagi, penerapan setiap prinsip rukun negara dalam setiap sanubari masyarakat mampu melahirkan generasi tonggak kekuatan negara yang cakna terhadap kesejahteraan negara. Jelaslah, keamanan tanpa kepincangan dapat meningkatkan momentum ekonomi dengan bertambahnya pencairan mata wang asing ke dalam negara.


  Satu realiti yang tidak dapat diketepikan bahawa keunikan permainan tradisional tinggalan nenek moyang  merupakan salah satu tarikan pelancong. Sebagai tamsilan, gasing,wau dan congkak adalah warisan turun temurun masyarakat Melayu sejak zaman Melayu Melaka lagi. Walaupun permainan tradisional sudah lapuk dek zaman tetapi kehalusan keseniannya sukar ditiru oleh masyarakat lain. Hal ini bermakna, kepakaran penghasilan permainan tradisional oleh masyarakat Malaysia merupakan wahana yang efektif membawa nama permainan tradisional ke peringkat lebih tinggi lagi. Keunikan permainan tradisional ini mampu menarik minat pelancong. Senario ini menunjukkan betapa pentingnya permainan tradisional dalam menjadi daya penarik bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia.


  Intiharnya, semua pihak haruslah bersinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha mencapai konsesus mengambil inisiatif baharu bagi menarik kedatangan pelancong daripada satu sudut yang berbeza. Ironinya, jika tiada kata sepakat dalam ummah, maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Terbangnya belon bukan kerana warna merah, kuning atau biru. Tetapi kerana kandungan gasnya yang selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara negara maju yang lainmampu digamit dan direalisasikan.


Oleh : NURUL HAMIZAH BINTI JAFPRI.
        

No comments:

Post a Comment

Langkah-langkah menghadapi tekanan inflasi

                        Oleh : Nurul Hamizah Jafpri         Umum mengetahui, ketegangan geopolitik yang berlaku antara negara-negara besar s...